March 29, 2010

kisah random di hari yang random

Adibah sedang bobal ( berbual-bual, geddit?) dengan Farah Liyana Mohd Iqbal di sesawang yahoo messenger ketika dia terfikir untuk menulis di belog ini. Harap maklum.

Kisah random di hari random 

 i . Aku suka tomyam. Ok. Kenapa aku suka tomyam. Aku pun tak tahu.

Satu jam dan lima tahun lebih tercangak macam notice board di luar kafe blok aku sambil memerhatikan orang lalu lalang macam aku tak ada kerja lain nak buat, pesanan tomyam aku pun diumumkan di kaunter bayaran ( serius cool  guna PA system hanya untuk - maggi goreng mamak pedas 1 - bungkus, mee tomyam pedas 1 - bungkus).
Akhirnya,  aku dapat laa tomyam suam-suam kuku alias  SEJUK.
Motherfishcaker you say?.

Aku tak la cerewet  tahap mogok sanggup tak makan biarkan je rezeki depan mata kan tapi it's the smallest, simplest thing - seperti makanan yang panas yang boleh buat kau happy. So yeah. Sue me for being picky.

ii.  Semalam aku dikejutkan dengan penemuan terbaru if not terbaik. :)

Jarang-jarang aku lepak di facebook ( ada pun sebab sape ntah suruh up-to-date sikit) tapi malam tadi aku teragak-agak mahu buang masa dengan baca manga so aku bukak facebook dulu. Out of the blue, aku terjumpe satu account ni. Nama macam biasa dengar weh.

Budak sekolah aku. Sekolah rendah by the way.Ceh, dah add as friend dekat tujuh abad baru nak perasan and so the quest to find the others began. Cari punya cari, jumpa lah a few of my ex-classmates dalam friend list die. Aku add sorang ni cos dari apa yang aku ingat dalam otak budak-budak umur 12 tahun aku dulu la kan, she is one of my kind.


Tak sampai berapa minit, die approve friend request so I wrote on her wall.

Still remember me? 


And this is what she replied.

rasa mcm kenal jer budak yg dok nangis selalu tu kan??? dok depan aku n sarah. head prefect yg mmg tak guna tu kan?? kawan kembar si adiba kassim... tul tak tekaan aku?



oh. true yet so not true. heh.



iii. Aku kena minum Coke esok. Dah tahap ketagih ni.








2 comments:

billiE said...

deb ko ade block???
so aku jela yg tade block......
hmmm.....
nk buat, tapi nnt aku malas nk update

iamredranger said...

head prefect yg xguna?
haha.kene sound hidup2 bai.