July 18, 2009

3-2


Isu 1:

Aku mahu ke dapur.
Aku lalu living room.
Aku nampak ManU vs Malaysia. Well,
literally.
ManU-3 ll Malaysia -2 ( agak impressive )



Football junkie, sukakah kauorang Man U menang ataupun sedihkah kauorang pasukan Malaysia kalah?.okay. Kalau kau perlu lebih dari 5 saat untuk menjawab soalan ini maka kau bukanlah penyokong tegar pasukan Malaysia. ( kalau kau tanya aku, bola sepak pun aku tak suka).

Entri berkaitan bolasepak ini seperti tidak bermakna dan ditaip berlandaskan 2 sebab. Satu,konon-konon semua orang akan teruja la ManU vs Malaysia dan aku pun mahu tumpang rasa gelabah walaupun yang sebenar-benarnya aku rela tidur daripada join family aku menonton perlawanan bola sepak dan aku tak tahu pun apa-apa pasal bola mahupun sepak ( bahagian ini mungkin kau boleh ragui , sebab aku suka sahaja sepak meja mahupun orang) dan dua, sebab aku tak ada motif yang relevan lagi untuk mengisi tempat kosong di belog ini.

Kalau kau pengulas profesional bola sepak, aku kagum kalau kau masih rajin membaca sehingga ke baris ini. 24 Julai ni , ManU vs Seoul FC pula, kauorang tak nak tengok?.


Isu 2 :


Aku tak suka cerita Harry Potter & The Half-Blood Prince. Plot agak lopong dan character development nampak sungguh ting tong. Aku kesian dengan Draco Malfoy. Rupa-rupanya, orang yang good looking takkan dapat things that easy. Kau bandingkan dia dengan Harry Potter & masih lagi Harry Potter rocks the deal ( ?? ) Kira Draco masih lagi watak yang membosankan la walaupun tahap kecomelan dia rocketing high sebab dia semakin tinggi & seperti yang aku jangkakan menjadi dark side hottie. Apa-apa pun, aku tetap terhibur. Sebab aku layan Transformers lagi sekali selepas Harry Potter& The Bla-bla-bilakah-series-ini-mahu-berakhir dan efek bunyi Dolby sound surround campur CGI-guru dalam Transformers memang la impressive. Michael Bay, sila siapkan Transformers 3 secepat yang mungkin ok.





2sahaja isu hari ini,
hingga badak gemuk menari ballet,


baibai muggles,
selamat malam.



















2 comments:

Nadiah binti Mohamad said...

cit.tgk eri poter x ajak.

deb said...

ni aku nak ajak,
tengok Obsessed jom.( lari topik, harap maaf)