November 3, 2009

& I like what I see

orang cakap ,
tak baik tidur waktu petang tapi aku gatal juga mahu cuba

- cuba la sangat , selalu je aku tidur waktu tak patut ni
( note : aku tersembam di katil jam 5 pagi semalam, kira reasonable la aku tingtong tadi kan? Kan?. Kan?)


Ok. Itu bukan pointnya.
Aku telah bermimpi.

Kau rasa nightmare kah lollipop suwwwittt dream?.
Dalam kes ini, aku tak tahu mahu klasfikasi mimpi ini di bawah kategori mana kerana ia amat pelik lansung menghairankan. ( ayat ini agak ke-Indon-nan, harap maklum, aku bukan racist. berapa kali gue udah bilang dong? )


okay. Enuff. Stop.
Ciri-ciri mimpi terbabit - yang aku bagi 5 bintang sebab tak silap aku ia bukan hitam putih seperti selalu tapi dalam High Definition warna-warni macam kau tonton tv plasma Sony.



1- Tiada kelibat

- Godzilla ( cicak gedang yang hanya Ultraman sahaja suka lawan )
- Chucky ( cameo : Seed of Chucky - aku rindu horror flick ini ),
- Freddy VS Jason ( versi old skool yang aku pernah tonton di common room sekolah zaman Form 3 jam berapa pagi entah )

tapi mengapa aku bangun dalam keadaan - ketakutan seperti diselubungi sesuatu?.

Oh, crap. Aku dibaluti selimut tebal. Memang la pun.
.
..
...


Mari kita teruskan.


2 - Aku telah terlepas mengambil paper Workshop mme1103 ( yang telah pun aku jawab Jumaat lepas). Aku sampai-sampai sahaja orang ramai sudah meninggalkan dewan. Kau bayangkan tahap kechuakan aku saat ini.


3- Entah bagaimana, aku telah sampai di kawasan dewan terbabit menaiki kereta yang aku sendiri tak kenal siapa pemandunya tapi yang ternyata kami telah lambat ke peperiksaan yang sama kerana riak wajah dia tiga kali ganda gelabah daripada aku.
Budak perempuan itu sempat suggest kami berdua ambil MC bersama-sama semata-mata mahu bagi alasan kepada lecturer. Siapa kau wahai orang?, Muka kau tak familiar lansung ah.

4 - Aku telah bantah idea si perempuan berkenaan dengan riak wajah sopan , gaya skema ala ala pengawas sekolah rendah baju biru tali leher kuning. Lepas tu aku tanya, kau ada tudung lebih tak?. Sebab kepala aku togel ( rambut mengerbang ditiup angin??). Aku juga telah menyarung jaket entah siapa-siapa punya entah sebab baju aku waktu itu agak - tidak menepati dresscode universiti.

5 - Lagi menghairankan.Keluar sahaja kereta, aku nampak dia - sedang tersenyum dengan shirt warna hijau gelap , skinny jeans - aku suka jika pola pemakaian begini.

* sila nyanyi apa-apa , aku syorkan lagu tema Olimpik* muzik selingan sahaja ni - efek dramatik.

Dia - laki-laki yang aku suka sejak aku berumur 15 tahun ( hingga sekarang) dan dia memang satu universitas dengan aku. ( dalam alam bukan mimpi pun ). Aku jadi tak keruan - haha - lantas berlari mengejar lecturer yang sedang bergegas keluar bawak kertas jawapan. wtf ( semakin pelik kan?)

Terbukti, mimpi aku memang mengerikan.


Aku tak ingat kenapa aku bangun tapi bila aku buka mata , secara automatik , sepertimana biasa aku bangun tidur , aku akan check jam handphone. Tapi, apa-apa yang terpampang . Telefon bimbitku berkelip-kelip, mintak dikopak dua. Dalam kemamaian, aku menurut cakap.



6 missed calls.
Dan semuanya daripada ayah.
Oh f - oshizzle.

Dalam kemamaian juga , aku telah membuat panggilan terus kepada Encik Suhaimi dengan wajah kusam ( sempat cari cermin bila bangun tidur tidak kira la di rumah kah di asrama kah. Menarik bukan?. )

aku pasti ayah tidak faham apa aku cakap sebab dia call semula kira-kira 10 minit kemudian.
{ terima kasih kerana begitu masak dengan perangai
anakmu ini }






sebelum aku mahu kata bai-bai :
Walau pun hanya sesingkat dua jam , tidur mampu buat kau gila - lebih-lebih lagi kalau kau layan bantal selepas waktu Asar. . kalau bosan sangat petang-petang tu,baik aerobik sorang-sorang dalam bilik - lagu WonderGirls , So Hot dan bayangkan kau hot walaupun realitinya, kau tak.

ok?. Set.





just pasted this;




gambar di atas memang blur, setelah edit contrast juga
masih blur, setelah resize juga blur, jadi aku give up
basically
husna mardziah telah isytiharkan di facebook ( wow, aku log in facebook??)
yang dia tidak boleh hidup tanpa aku. oh yes.

1 comment:

wawa said...

hahahaha!gelak gle aku bace mimpi ko nih