Aku tak mahu tulis pasal Allahyarham MJ.Sebab tak kenal dia untuk perlu tulis lebih-lebih.
Paling aku ingat pun, aku suka MV Black&White dia , masa itu zaman aku masih pakai mini-dress.Nota kaki : mini dress untuk orang MINI, sahaja okeh?.Sibuk siaran radio , tv sana sini pasang video dia laa, lagu dia laa, lagi sadis, cerita pengalaman dapat jumpa la, tengok la, macam-macam. Kan orang tu dah tak ada, salah ke bagi dia aman masa afterlife pula.
dulu , kes dia molest budak-budak dekat theme park dia tu semua sibuk kutuk, sekarang semua sibuk jadi fan.
Cara media mana-mana la tunjuk yang mereka ingat akan jasa orang yang dah meninggal pun satu trend yang perlu diikut-ikut ke?. Manusia memang pelik . Aku tak terkecuali.
Aku tak mahu tulis BANYAK pasal Transformers, Revenge of The Fallen. Tajuk yang agak sihat tapi aku frust sebab rupanya The Fallen adalah nama robot, aku ingatkan nama manja Decepticon. Ceh.
Sebab aku tak pandai CGI - tapi aku pandai mengarang esei sekolah rendah. : D , aku suka filem ini , entertaining & CGI-licious . Titik. Memang worth tiket student price aku - RM 7 . Dan kalau kau sendiri tengok macamana Bumblebee menangis, aku rasa AI ( artificial intelligence) itu paling berbahaya jika betul-betul manusia gunakan untuk teknologi masa hadapan. Sila rujuk cerita AI, Terminator, Eagle's Eyes jika kau mahu faham apa maksud aku.
Kira harapkan pagar, pagar runtuh sendiri la ni. Semua robot boleh beremosi tiba-tiba ala-ala perempuan muda sedang PMS dan bertukar jadi jahat gila haloba ?.
Ow,
Mungkin aku patut kurung komputer aku sebelum tidur malam ini, mana la tahu, tiba-tiba dia berubah jadi killing machine, siap boleh keluar bunyi-bunyi pelik dan potong aku 16 bahagian macam Mona Fendey bunuh sorang Datuk dulu kan?.Ok. cliche.Ni macam fantasi aku je ni.
Aku suka Decepticon , ( aku tau kau tak tanya pun tapi ini blog aku, suka hati aku la nak tulis apa ) sebab rekabentuk mereka buruk dan aku baru tahu kenapa ramai pemandu-pemandu kereta di Malaysia ini suka sangat tampal sticker Decepticon di cermin kereta. Mereka semua jahat.
Ke mereka-mereka ini tidak tahu yang itu bukan logo untuk Autobots. ( logo orang baik-baik ini biasanya lah buruk sikit, dengan bias aku berkata ).Aku tak kutuk Transformers. Aku beli original merchandise beberapa hari sebelum official premier kot. * senyum sinis mahu buat yang die-hard-fan " Autobots, let's roll " jealous sikit.
Sebenarnya,
aku perlu tulis mengenai susu cokelat marigold dua kotak besar dalam fridge aku .
Mereka aku punya bffab ( best friend for a benefit) hari ini.Sedap. Hingga menjilat gelas sambil layan satu drama Korea ( Fali, aku tahu kau akan tergelak bila kau baca sampai sini)
tajuk dia 안녕하세요 하느님 / Hello, Mr. God.
{ annyeong ha seyo, haneunim}
Drama lama , romantik tu tak la sangat.
Lebih kepada humanity& moral values. Tipikal la kan. Tapi cerita ini tidak tipikal , barisan pelakon pun bukan yang seksi tunjuk kaki panjang sana tunjuk dada leper sini atau laki-laki yang berwajah gila nuraka tak hinggat good-looking - tapi ada la seorang ini, dia berlakon jadi mentally challenged guy yang tahap IQ 65 dan sangat tinggi sifat mulia dalam diri. poyo habis. C:
Dalam banyak-banyak drama bersiri Korea yang aku pernah layan tapi tak pernah sampai habis kecuali Full House ( masuk ini yang ke-3) , Hello God yang terbaik.
( Kalau kau suka cerita Angel yang pernah ada di TV2 jam 10 malam sepuluh tahun lepas aku rasa, itu juga one of favorites aku - tapi ia siri English yang lama bukan Korea. Maaf, aku tak layan sangat Friends , kadang-kadang sahaja, sebab aku lagi suka tengok The Nanny :D ) .
Tapi sekarang mungkin saja aku juga gila GG , CSI dsb seperti orang-orang normal tak suka korean yang lain. Memang tade life. Macam in love sangat dengan series eh?. Belum lagi. Aku tak terpanggil untuk layan Boys Over Flower ( aku gila korean, tapi tak layan cerita ni??) apatah lagi reality series American Idol atau yang Malaysia tiru program negara lain , Akademi Fantasia ( aku ada la juga dua tiga empat lima kali tengok iklan or diari sebab nak ingat nama yang tak berkenaan lepas tu bila ramai orang tanya, aku buat-buat la macam aku memang fanatik gila, haha,memang takde kerja ),
so bila kau tanya aku siapa menang AF 7 . Aku tahu jawapan dia. HAHA. Gila otak mahu jawab kuiz sentiasa.Not.
Dua hari lepas, aku sudah chop off rambut jadi gila pendek.Menyesal oh.
Dah la. Aku mahu transfer gambar masa kat Ulu Yam . Semua seksi-seksi , jika kau rasa mandi air terjun dengan bertudung itu seksi la kan.
bai bai peeps.
( Aku rasa la kan, kalau cikgu BM aku tengok esei ni , mesti dia bagi markah 1/10, tak pun 0 terus.)
engagement gifts for her
3 years ago
1 comment:
aku nk g tgk transformer ahad depan *nervous*
Post a Comment