July 7, 2009

wani wanai wong?



Ciri-ciri orang bernama Wani, Wanai atau Wong.


1.Suka sumbat segala sampah & benda dalam meja aku kat kelas - plastik gula-gula, kertas dah conteng-conteng lukis gambar katun or muka smiley, etc .Pastuh buat muka innocent sampai aku malas dah nak marah. ( aku marah pun dia confirm gelak sambil tangan sumbat lagi sampah -sarap tu. Gila degil)

2. Makan dengan kelajuan yang melampau perlahan sampai aku dah basuh tangan, letak pinggan, scan satu dining hall cari orang , buat lawak bodoh , pergi koop beli & habiskan satu tin cincau / coke / Justea hijau kuning atau warna biru ( favorite ni) , dia masih lagi sedang mengira butiran nasi & mengasing-asingkan makanan mengikut warna, kuantiti atau mungkin darjah kekerasan? . Cerewet budak ni.

3. Penuh emosi luar dan dalam tapi jarang aku tengok dia menangis. Seriously. Nak tunjuk dia tough gila la tu. HAHA. Aku yang suka melalak depan dia mahupun di dalam telefon semasa sesi kaunseling kami.

4. Suka benda-benda kiyut-gila-tak-ingat sampai dia jadi leader Candy Crew time Sumbangsih sebab memang obses dengan benda kiyut, manis & duit.


5. Colorful itu understatement bila kau jumpa dia ni. Dia multicolored habis.

6. Aku suka panggil dia wany munchkin. Masa tu zaman-zaman aku nak mengurat dia laa kan.

7. Dorm dia, dorm aku.

8. Bed dia, bed aku.

9. Food dia, food aku.

10. Baju dia, baju dia lah. Aku gemuk, tak muat nak pinjam.

11. Dia sangat la suka menjaga kesihatan. Badan cergas, otak cerdas. Ini mungkin motto hidup dia. Nak tau tanya dia sendiri la.Soal health&lifestyle dia kira memang opposite sungguh dengan aku la.

12 . Kami suka jaki ( English : jealous ) antara satu sama lain. Setakat gaduh tak pandang muka tak cakap lansung dan tak layan sampai berjam-jam walau pun duduk sebelah-belah masa kelas kira biasa la tu.Belum tengok aku perang lagi dengan dia. Tak main la tarik-tarik rambut, setakat buat macam masing-masing tak wujud tu pun sudah cukup kejam.

13. Pak Yem , sifu Add aku zaman aku-pergi- sekolah- pakai-tudung pendek , panggil dia Wong, walaupun sebenarnya asal usul nama itu datang dari Wan9 yang bermaksud Wanai , nama pendek bagi nama panjang dia, Fadhlina Hazwani Fadzlah. Okeh, panjang tak aku explain?.

14. Kami suka melepak sama-sama di toilet tingkat atas bila boring atau takde cikgu dalam kelas.

15. Dia suka cakap aku psycho.

16 . Macam la dia berkawan dengan orang psycho tu tak psycho kan?

17. Aku rindu jugaklah dia ni.

18. Tipu la tak kan.

19. Aku tak wish birthday dia dengan proper lagi. Aku call tadi pun aku cuma cakap selamat makin tua& beruban.

20. Wani, kalau kau rajin baca sampai no 20 ni, aku just nak cakap. Debek mish you. ( kalau kau dah tua beruban takde gigi, aku tetap syg kau. )
Haha, aku tahu kau tak larat gila bila kau baca ni, tapi kalau kau larat, sila buat-buat terharu ok?.








Belakang ada pokok sakura yang cantik.
( abaikan kegemukan aku waktu ini please)





Aku sempat ambil gambar ni sebelum dia mop aku keluar dari dorm dia.

3 comments:

Amidala said...

babe. we're celebrating her bdayy tnyte! LOL.

rje said...

kelakar nak mati!

.idahassan. said...

last pic tu super cun!
HAHAHAHA