April 4, 2009

bukan minimalis?

Kenapa aku tak mahu jadi minimalis?

Soalan yang jauh lain dari maksudnya dengan ,kenapa saya suka rumah saya.

Jawapan aku.
Sebab aku lapar. Sebab aku gila.

Kau potong ayat pertama di antara dua di atas. Dan tada , seorang minimalis sudah tercipta.
Minimalis suka tulis ringkas sahaja.
Cool bukan?

Aku suka tulis panjang-panjang dalam belog.
Tapi cikgu-cikgu BM mahu pun English aku pasti bosan nak tanda kertas jawapan esei aku dulu.Asyik ulang isi yang sama je budak ni.Hampeh.

Dan semalam , aku menulis esei lagi.
Subjek: Islamic Worldview. Kali ini, jari jemari aku menjerit sakit. Ini metafora aku sendiri.
Sebab?
Lagi tiga minit nak habis masa, aku masih menulis.Aku ulang fakta yang sama dalam setiap perenggan. Confirmed.
Aku bukan minimalis.

Baca YahooNews, aku ternampak tagline ini.
Rocket fuel chemical found in baby formula.
Betul kata pakar, susu ibu juga yang kaya dengan DHA .Yang aku tahu, anak aku nanti bukan sebuah roket. Aku pasti . Tapi mungkin juga boleh jadi begitu jika ayahnya sebuah roket?Mari kita fikir.
Mungkin?.

Selepas makan malam yang agak bosan sebab aku seorang sahaja yang tinggal dalam bilik ini, aku baru perasan, aku telah ditag oleh insan genit bernama adjla .Aku dah abaikan dua tag ( mpi , qeels, aku bakal siapkan. Nanti ok, bila aku rajin. ).


Ada tiga sebab aku mahu siapkan tag ini sesegera yang boleh.
Satu, aku mahu hilangkan lebihan kalori apa yang aku makan tadi.
Dua, sebab aku sayang adjla lebih sikit. :D
Tiga, aku malas belajar Matematik.
Ok. Habis alasan, mari merepek.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
= Apa yang penting? Kerjasama~
Serius. Aku bukan salah seorang ahli Wonderpets. Sebab aku tak cukup comel.

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
= Dengan duit Encik Suhaimi, aku beli makan malam hari ini.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
= Aku belum bermimpi mahu kahwin.

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
= Kejap, hubungan aku dengan siapa ni?.

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
= Dilambung cinta?. Mungkin.

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
= Kami panggil tempat itu kafe. Memang takde nama khas pun tempat itu.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
= Buku hitam kecil karya Daniel Armand Lee. Aku jatuh cinta sebaik buka kotak bungkusannya itu. Tapi selang seminit selepas membelek-belek hati aku sakit. Busuk punya buku, mahal nak mati.

8. Nama penuh anda?
= Nur Farah Adibah bt Suhaimi ( exactly macam dalam ic) .
Nama tak penuh aku deb , debek atau Barbie?. Kau pilih la sendiri.

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
= Senang apa? Main badminton?. Atau main masak-masak?.Dua-dua aku tak senang.

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
=Aku tamak. Tak mahu seorang, aku mahu sembilan. * Jawapan diinspirasi daripada pen-tag sendiri.

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
= Semua aku tak mahu sebut, boleh jangan ganggu privasi kami?

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
= Aku mahu menbuat pengakuan ikhlas. Mesin basuh dekat dengan kafe yang tiap tiap minggu tolong cuci. Dia rajin ya amat , aku pula pemalas. Nasib baik, kami berkawan rapat. Kira, friend for a benefit la ni.

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
= Tempat paling banyak orang cari di Google.

14. Butirkan perkara tentang orang yang tag kamu..
= Aku suka dia
= Aku sayang dia
= Dia kawan serapat yang boleh dengan aku
= Blog dia best
= Dia pun best
= Aku bagi dia publisiti sikit boleh?. click SINI untuk belog mahluk comel.

15. 8 perkara yang saya gilai..
= Aku tak gila, oleh itu, aku bercadang tak mahu jawab soalan ini.

16. Pelukan atau ciuman?
= Aku pilih yang paling berkesan.

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
= Aku tak ingat. Aku tak mahu ingat.

18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
Kecuali:

lagu-lagu seperti : -

= gelek gerudi Inul
= seangkatan band Melayu seperti New Boyz
= M. Daud Kilau
= yang aku nyanyi sendiri.

19. sape yg kamu tag?..
=Aku tag sesiapa yang mahu ditag.
Sila copy paste dan jawab sendiri.


Kau boleh beri aku markah untuk esei ini.

4 comments:

iamredranger said...

haha.
aku pilih barbie.
leh x?
hehehe..

disebabkn ko promot aku,
aku kasi ko 10/10.fullmark.
sory la aku xd duet nk baya royalty,ko tuntut kt ayah aku je la ek..hehe..

syg ko.muah!

deb said...

kira aku seperti promoter la ni.
hm
bagus.
ada cara baru aku nak buat income.
boleh bagi num phone Encik Hafizin?
nak claim royalty.



nota kaki , bukan tangan:

aku tahu kau sayang aku lebih, eceyh.

Sweet Thinker said...

markah anda hrm. bg beta 10tahun utk berfikir. sbb pengulangan fakta adalah bererti pengulangan pembacaan. haha!

deb said...

pengulangan pembacaan?
Silakan.
Harap anda cepat bosan dan terus bagi markah.
Lagi banyak , lagi dialu-alukan.