perkara- perkara yang menjengkelkan.
1. terlebih makan
2. tak cukup makan
3. terlebih tidur
4. tak cukup tidur
5. terlebih pandai
6. tak cukup pandai
7. terlebih suka
8. tak cukup suka
9. terlebih benci
10. tak cukup benci
Aku baru buat no. 1 beberapa minit tadi.
Rasa nk muntah.
Aku marah diri aku untuk ini.
Setelah penat aku stalk ( sumpah, aku tak tahu perkataan yang elok dalam kamus bahasa Melayu untuk mengekspresikan ini sebab aku tahu maksudnya agak pelik ) ,
aku rasa ada sedikit belog dalam internet ini yang sampah.
Dalam banyak-banyak, ada yang aku suka gila , ada yang suka biasa- biasa dan yang lain-lain aku suka baca tapi tak rajin komen.
Aku tak pasti belog aku kategori mana dan aku tak mahu tahu. Tapi yang aku pasti, aku telah baca sampah tadi.
Kasar sangat bahasa?
Dengar ini.
Perlukah kau tulis pasal kau ke kelab + minum + tidur sana sini dan rasa bangga wahai si polan bin si polan yang agamanya Islam dan mukanya terang terang Melayu asli,?.
Aku tak marah kau Islam, Melayu atau tambah koleksi dosa sendiri walaupun aku tahu yang kau simpan sudah cukup banyak.
Aku tak layak mahu tegur.
Dan kau bukan anak aku.
Tapi aku marah sebab aku klik link dan baca belog kau.
Aku marah sebab aku cukup rajin membaca belog kau.
Aku tak baik , serius. Aku jahil.
Cuma aku tak faham logiknya kau mahu bangga diri dengan benda yang terang terang boleh buat kau dikutuk dan dimaki pak cik dan mak cik yang tak mempunyai mentaliti semoden kau itu.
Buruk betul perangai kami orang tak moden ini bukan?.
Aku berusaha berbahasa baku kali ini .
Sekali lagi, aku rasa pelik dan mungkin sedikit sadis?.
Encik belog- nya serupa sampah, kasihan kau jadi subjek kebencian aku hari ini.
Mungkin suatu masa, aku patut minta maaf pada kau.
Mungkin hari raya nanti?.
Oh, boleh aku tambah?
Aku harap siapa yang mahu baca belog itu cari benda lain yang boleh dibaca* ini bukan paksaan.
Aku promosi mamat itu hari ini secara percuma .
Mana royalti untuk aku eh?
Mungkin aku mahu menjaga privasi mamat yang terlibat?.
Atau mungkin sebab aku suka dia dan tak mahu privasi nya dieksplotasi?.
Oh, ya. Mungkin juga aku mahu dia berubah.
Mungkin.
Jadi, tak perlu mintak aku link dia.
Sebab tak mungkin aku akan bagi.
Melainkan kau paksa aku cari semula dengan alasan ,
kau sudah menculik famili aku dan mahu baca belog itu sebagai tuntutan atau dalam English , yang penat aku fikir apa dia translation untuk ini ...ransom?
Aku akan rajin untuk cari jika situasi cukup genting,
itu pun kalau aku tak delete lagi list of history.
Google blog yang ada perkataan clubbing , mungkin kau akan jumpa satu yang kau berkenan untuk baca.
Aku ulang, aku tak baik. Mungkin aku marah dia berperangai begitu atas sebab tertentu.
Jadi ini tertakluk pada Encik belog-nya serupa sampah sahaja. Yang lain, suka hati la korang nak buat apa.
Aku tak marah. Aku tak perlu pun nak marah.
Sebab kadang kadang, aku pun jahat dan mungkin esok lusa aku pun buat perangai yang sama.
Mungkin?.
Ini post aku yang paling panjang buat masa ini.
engagement gifts for her
3 years ago
3 comments:
cm nk je mtk ko link blog tu.
nk baca jugak.hahaha
eh,
aku nk bace gak.
mahu mngenali sampah.
hahahaha..
deb aku ske blog ko.
penoh emosi.hehe..
aku bukan emo.
tapi memang penuh emosi
agak-agak
budak emo nak tak kawan dengan aku?
Post a Comment